Thursday 27 October 2011

Kelisa YRV Turbo


Perodua Kelisa transplant with Daihatsu YRV Turbo 1.3 twincam (K3VET) - Tiptronik

Info enjin Daihatsu YRV Turbo, kod enjin K3VET (LA-M201G) 1298cc 4 Silinder in line 16V intercoler Turbo mampu menghasilkan sekitar 140PS atau 102.97kw @ 6,400rpm dengan tork maksima pada 176Nm @ 3,200rpm. Enjin ini jika dimasukkan kedalam engine bay sebuah kelisa yang hanya seberat 800kg mampu menghasilkan kuasa  sepantas kilat (power to weight ratio), mampu bermain pickup dgn sebuah mitsubihsi Evo mahupun subaru Impreeza dan lain lain supercar yg berharga ratusan ribu ringgit itu heh heh kenape? tak percaye???!! . YRV bermaksud (Young Recreational Vehicle) atau dalam bahasa Malaysia Kenderaan rekreasi untuk muda mudi, bila saja sebut untuk muda mudi yang wajib kenderaan ini perlu berkuasa dan laju macam kereta angkasa gaban tu. di jepun terdapat 2 versi iaitu Turbo dan NA, Versi Turbo hanya didatangkan dengan transmisi automatik dengan option Tiptronik ( tukar gear dengan butang +/- dekat stereng bermaksud enjin ini  campuran auto dan manual, menjadikan penukaran gear lebih cepat dari manual.  Pengecas turbonya bertindak dari rpm rendah. Sistem DVVT (Dynamic Variable Valve Timing) akan berterusan mengawal pemasaan injap mengikut sebarang keadaan pemanduan. Teknologi ini bergabung untuk memberikan enjin K3VET di tahap rpm yang tinggi serta kilasan (Torque) bertindak pada tahap rendah dan pertengahan  rpm. Result nya memberi kepuasan pemanduan dan menyenangkan mengawal enjin pada semua tahap kelajuan. 

Di kesempatan ini juga saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkenaan YRV ini, ramai org tanya YRV boleh masuk VIVA tak? Boleh masuk kancil tak? jika saya cakap tak boleh, org akan tanya balik, injin YRV boleh masuk kelisa, injin kelisa boleh masuk kancil, kenapa YRV tak boleh masuk kancil??? sebenar nya injin apa pun boleh masuk mana mana kereta, pernah dulu di trek batu tiga org masuk injin mazda B8210 dekat kancil, tapi itu kereta trek, sanggup kah anda masuk injin sebegitu untuk kereta harian anda? memang boleh masuk YRV kat kancil tapi banyak nak kena modified, potong sana potong sini ketuk sana ketuk sini kiaw sana kiaw sini, yang confirm memang tak lulus JPJ, kalau hati kering takpe le bawak le kete tu sampai kering minyak hehe, lagi pun halfcut YRV dah sama harga dgn kancil hehe renung renung kan dan selamat beramal..
bagaimana pula dengan VIVA? bukan ke VIVA cc sama dengan kelisa 1000cc apsal tak boleh masuk YRV ???. nak masuk YRV kat VIVA memang boleh dan  ada orang dah masuk pun, semua pun boleh, tapi ianya bukan lah Plug and play mcm masuk kelisa, harta Myvi masuk YRV pun kena modified sedangkan injin YRV sama kod dgn Myvi, cuma injin Myvi takde turbo je. hehe kenapa semua ini boleh berlaku???!!!
Sebab nya begini.... YRV ada 3 jenis, 1). YRV N.A 1000cc, 2).YRV N.A 1.3, 3). YRV Turbo 1.3. untuk YRV N.A 1000cc, injin nya adalah sama 100% dengan injin kelisa / Kenari, mounting nya pun sama, dan cross membernya pun sama, sama jugaklah YRV N.A 1.3 dan 1.3 Turbo.
ViVA adalah kereta generasi baru, ianya tak pakai cross member @ frame bawah, injin VIVA adalah tergantung, mounting nya kat atas mcm proton, manakala YRV dan kelisa/kenari injin nya terletak atas frame besi kat bawah @ cross member. sekian... selamat menjadi pemilik injin YRV yang power rangers tu, eh??!! POWER ke? power.. power..


Gambar di bawah menunjukan proses men convert sebuah perodua kelisa bernadikan daihatsu YRV Turbo 1.3 (K3VET)
sila klik pada gambar dibawah untuk mendapat keterangan, sekian terima kasih dan selamat menjadi pemilik enjin YRV hahaha

FACEBOOK : www.facebook.com/YRV K3VET Club    <<klik disini
More YRV info

injin siri K3, setelah daihatsu menjadi salah satu daripada Group Toyota, menumpukan pada pembuatan kenderaan kompak, tujuan enjin ini dicipta adalah untuk dimuatkan kedalam body yg kecil, mesra pengguna dan mudah untuk dikendalikan. ianya dirumuskan kepada 5 tujuan:-
1. Mempunyai pickup yang cepat
2. Mematuhi peraturan pelepasan gas
3. Penggunaan bahan bakar yang efisyen
4. Mematuhi tahap bunyi
5. Ringan dan kompak

untuk injin versi K3 ini Daihatsu telah bekerjasama dengan Toyota, berpandukan dari injin Toyota siri 1SZ dengan beberapa perubahan dan variasi untuk disesuaikan dengan  variasi intake Natural Aspirated (NA), atau dengan Turbo Charger. K3-VE  sesuai  dalam bandar, manakala K3-VET (Turbo) untuk yg gemarkan prestasi (hi-power).
Daihatsu telah menempatkan intake manifold dengan layout menegak di intake port untuk mendapat tork yang cepat pada kelajuan rendah dan sederhana. menaikan  jumlah udara yang masuk kedalam silinder untuk mendapatkan tork maksimum pada kadar mendatar mengikut kelajuan, maknanya kenderaan ini memiliki kemampuan respon dari kelajuan rendah hingga kelajuan yang tinggi. 
Intake manifold yang kompleks ini dibuat pihak Daihatsu dari bahan Polimer dan bukan bahan logam seperti alluminium, kelebihan bahan polimer ini adalah ia mudah dibentuk dan ia juga akan mengurangkan suhu panas didalam intake manifold, udara panas dari injin kurang memberi efek keatas kemasukan udara ke manifold. semakin sejuk udara masuk semakin banyak oksigen yang berada dalam udara tersebut, meningkatkan kadar pembakaran didalam ruang bakar.
injin ini dilengkapi dengan sistem Dynamic Variable Valve Timing (DVVT) kemampuan untuk mengawal intake valve timing yang disesuaikan dengan tahap kelajuan injin dan untuk mengawal jumlah udara mengikut kelajuan injin.
Dengan kombinasi intake menegak dan DVVT ini, pihak Daihatsu melaporkan bahawa Volumetric Efficiency sangat tinggi dan boleh mencapai 105% pada 5000 RPM, dengan range melebihi 90% tork maksimum pada 1900 - 5000 RPM. 
Untuk bunyi enjin yang lebih senyap, injin ini dilengkapi dengan silent chain pada bahagian injin yang bergerak. untuk mengurangkan gegaran, high rigid steel block telah digunakan untuk Blok Injin. serta oil pan yang bersatu dgn stifner dan tersambung dgn transmision, mampu menurunkan bunyi bising sebanyak 5db.
untuk membuatkan injin ini lebih kompak pihak Daihatsu telah menipiskan ketebalan blok serta membuat housing untuk water pump dan oil pump menjadi satu dgn blok injin

3 comments:

  1. Hi, need your help. when swapping the engine of a viva with a k3vet will the original drive shaft will fit or need to change to yrv? and also how to change the oil power steering to electronic power steering?

    ReplyDelete
  2. Dashboard yrv x boleh masuk terus ke kelisa..? Kira ganti terus yg kelisa punya...

    ReplyDelete
  3. Salam tuan sy nk tanya kalo enjin k3vet ni boleh pasang kat viva x?? Total cost berapa??

    ReplyDelete